Wednesday 14 June 2017

Jom Ketahui 4 Peraturan Jarak Kenderaan

Assalammualaikum dan Selamat Petang !


Apabila tiba musim perayaan, kisah dan tragedi kemalangan akan lebih banyak terpapar di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Hal ini kerana musim perayaan menyebabkan lebih ramai pengguna jalan raya di seluruh Malaysia. Oleh itu, menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi diharapkan semua pemandu-pemandu di Malaysia dapat memandu dengan lebih berhati-hati.


Salah satu perkara yang perlu diperingatkan adalah berkenaan “Peraturan Jarak”. Dengan mengamalkan peraturan jarak yang betul besar kemungkinan kita dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan jalan raya sekaligus mengurangkan data kemalangan jalan raya di musim perayaan.


Berikut dinyatakan 4 peraturan jarak yang perlu anda tahu:



1) Peraturan 2 saat
Pemandu disarankan untuk mengamalkan peraturan 2 saat ketika memandu di belakang sesebuah kenderaan. Anggaran pengiraan masa 2 saat di antara 2 kereta dikatakan jarak yang paling selamat semasa memandu. Ianya mencukupi bagi kita mengelak dan berhenti di belakang kereta hadapan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 4 saat
Peraturan 4 saat pula sesuai diamalkan semasa hari hujan. Hal ini kerana keadaan jalan menjadi basah serta licin. Peraturan 2 saat perlu digandakan menjadi 4 saat bagi mengelakkan perlanggaran atau tersondol belakang kereta depan.

3) Peraturan 3 saat
Peraturan ini khas digunakan semasa mengekori motosikal. Motosikal adalah lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. Jadi amalkanlah peraturan 3 saat sebagai langkah keselamatan mengelakkan kemalangan.

4) Peraturan 12 saat
Peraturan ini digunakan semasa memandu di belakang kenderaan-kenderaan yang panjang dan besar seperti contoh bas, lori and treler. Berada di belakang kenderaan besar telah menghalang kebanyakan pandangan kita. Oleh itu, peraturan ini membolehkan pemandu memerhati keadaan sekitar bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.


Sumber : perundingpemanduan




Kereta Sewa Kota Bharu - 012-6095900

Tempahan | www.klezcar.com

Pertanyaan 1300-88-4040 (24 jam)


No comments:

Post a Comment