Tuesday 11 April 2017

Jom Sarapan @ Kopitiam Kita

Assalamualaikum wbt,

KOPITIAM KITA

Tengah fikir nak sarapan esok kat mana ke tu? Mari kami kongsikan satu lokasi sarapan paling popular di Kota Bharu, Kopitiam Kita. Pelbagai makanan Kelantan dihimpun di sini. Nak Apa? Semua Ada.. Tempat ini memang popular dan sentiasa dipenuhi pelanggan terutama sekali semasa hari cuti sekolah. Keadaan berkongsi meja atau adakalanya terpaksa menunggu dahulu untuk beberapa ketika untuk pelanggan lain bangun baru ada tempat duduk untuk kita adalah lazimnya keadaan di sini semasa cuti sekolah. Kerana apa? Mungkin kerana Roti Titab nya.. 

Adakah ini pertama kali anda dengar nama makanan  Roti Titab? Roti ini adalah merupakan salah satu keunikan utama restoran yang beroperasi setiap hari ini. Roti Titab adalah roti bakar yang di atasnya diletakkan kaya dan telur separuh masak. Roti inilah yang menjadi pesanan wajib bagi pelanggan yang bersarapan di sini. Bak kata orang ramai, inilah dia 'one stop centre' untuk penggemar makanan. Lokasinya terletak di Jalan Sri Cemerlang dan akan dibuka bermula jam 6.30 pagi sehingga 2 petang.

  



Seperti yang telah dikatakan tadi, semua jenis makanan yang menjadi 'trademark' boleh didapati di sini. Antaranya ialah nasi kak wook, nasi berlauk, nasi kerabu dan banyak lagi. Apa yang penting adalah anda perlulah datang seawal yang mungkin, bukan apa, takut kehabisan je. hehe.. 



Itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini, semoga berjumpa lagi di lain kali.. Siapa terliur? Baik mengaku.. hehe. Sememangnya makanan di Kelantan ini semua sedap-sedap. Mesti cuba tau!

Anda berada di Kota Bharu?

Hubungi kami Kereta Sewa Kota Bharu untuk dapatkan kereta sewa : 
012 609 5900

Tempahan online : www.klezcar.com
Pertanyaan 24 jam : 1300-88-4040






                                              

No comments:

Post a Comment