Wednesday 22 February 2017

Kereta Sewa Kota Bharu ! Jom Merasa Hidangan Nasi Ulam Cikgu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Kali ini kami nak bagitahu kedai makan yang wajib korang semua rasa bila ada di Kota Bharu, Kelantan. Tak dapat dinafikan keenakan rasa asli makanan yang dihidangkan. Kedai ini diberi nama Restoren Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Restoren Nasi Ulam Cikgu.




Antara menu tersohor adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin,bermaca-macam jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.

Bagi yang merasa budu asli buatan orang Kelantan, ini adalah masa yang sesuai untuk anda pergi ke restoren nasi ulam cikgu ni. Restoren ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat, dan waktu perniagaan adalah diantara jam 11 pagi hingga 5 petang. 

Jangan terkejut jika datang pada waktu kemuncak iaitu di antara jam 1:00 petang hingga jam 2:00 petang dek kerana terlalu ramai pelanggan yang berpusu-pusu datang semata-mata untuk merasa hidangan nasi ulam ini! Jadi elok juga kalau korang datang awal sikit atau selepas jam 2:00 petang.






Biasa orang mesti tertanya-tanya berapa harga kalau makan kat sini ya? Boleh kata harga memang sangat berpatutan. Untuk seorang kalau makan sepinggan harganya sekitar RM5 hingga RM7 sahaja. Yang mana datang dalam kumpulan (dalam 5 ke 6 orang), 1 set hidangan adalah lebih kurang RM45 sahaja.

Rugilah kepada yang masih belum cuba. Jadi, jangan lupa rancang perjalanan korang dan jadikan Kota Bharu, Kelantan adalah salah satu destinasi pilihan korang OK!

Boleh refer facebook restoren nasi ulam cikgu di LINK ini.

__________________________________
Kereta Sewa Kota Bharu
Klezcar Kota Bharu
Hotline : 1-300-88-4040
Direct line 
Pusat Bandaraya: 012-6095900
Chempaka: 019-794 4747
Kubang Kerian: 019-994 6003
Lundang: 019-763 4646
Pengkalan Chepa: 019-781 4646

No comments:

Post a Comment